ole~~~~

•Julai 10, 2010 • Tinggalkan Komen

salam…

ermm chak! dah lama aku tak update bilik rahsia neh.. maklum la, cuti yang panjang, membuatkan berat badan aku naik sedikit demi sedikit tapi tetap kurus hahahaha pening3… minum weight gain la camne…

dari hari ke hari macam2 yang jadi… aku cite satu satu la ek?

1. cousin bertunang…

first day aku cuti sem, terus aku balik ke terengganu secepat yang mungkin… dan time tu jugak, rekod aku dipecahkan. sebelum neh, 5 buah negeri dalam masa seminggu aku jalan… tapi hari tu, 6 negeri dalam masa satu hari! 12 jam tanpa tilam empuk dan bantal lembut! fuh! penat…  bermula dari johor, melaka (lalu je), negeri sembilan, selangor, pahang, terenganu! ah! naik bus kul 2 petang, sampai terengganu 2 pagi! its a long journey! huhuh by the way, dalam ktm, aku terserempak dengan pelakon, nas-t, merangkap abu dalam filem KAMI… sempoi je… maybe prg lain tak kesah, tapi bagi aku sebagai budak kampung, tengok dari jauh pun da ok… huhuh

nas-t

sesampai nye aku terangganu, first aku cari my parent la… baru bantal nak tido hahaha..

selesai sudah majlis pertunangan tu.. walaupun terlepas tapi sekadar menunjukkan muka pun sudah memadai… congrats NUR AZWA BT JUSOH!

2. cousin kahwin..

juga di terengganu… tahniah kepada ABANG IJAN & KAK FARAH! memang happening! cantik! moge kekal sehingga anak cucu.. majlis yg juga dihadiri oleh bakal akak ipar hahahah

pair of love… nice pic!😄

3. urbanscapes 2010..

perkara yang paling best dalam cuti huhuhuh tak dijangka, abang aku merangkap ijat usop, ajak pegi ke urbanscapes! memang happening… macam jenis orang aku jumpe… sempat gak tengok yuna ngan aiqa halim perform… dari jauh, hanya mampu tengok IY AG (gitaris hujan), Liyana Fizi( Estrella)… juga adik sharifah amani, yang jadi orkid kecik tu.. tak tau nama apa… huhuh booth rupajiwa, abstrak jingga, raingers… tapi sayang, niat di hati nak beli baju WRNV, tapi booth nye xde hahaha… juga dapat kenal ngan gitaris  L.Danielle… serba sedikit tau la camne lagu yang kita cipta, diputarkan kat radio… satu lagi, bassist Joanna Co, Kusha… salam je huhuhu yang paling tak tahan, air cendol dan air oren kordial double lion, RM 4 setiap satu! hahahah dan juga mee kawah RM5!! memang masyuk!

4. world cup 2010!!!!!!!!!!!!!!!!! bafana bafana!!!

ape yang ditunggu2 oleh kaum lelaki sedunia! Piala Dunia FIFA 2010! pasukan pilihan tentula SPAIN!!! ole ole!! dan rase pelik, dengan referee yang banyak ‘spoil’kan game, membuat aku tak berapa nak tengok game tahun neh… dengan bunyi vuvuzela, nak dengar penyokong nyanyi pun susah… tapi mulutku masin! ape yang aku kata kalah, memang kalah! argentina  brazil! balik awal!!!!!!!!!!! hahahahha

ole ole~~~

penat~~~ hahahha bye~

turbo blip…

•April 30, 2010 • Tinggalkan Komen

salam…

herm.. lame gile aku tak post blog kat sini… hampir sunyi sepi bilikrahsia aku… hahaha

maklumlah, dengan final project, coursework last minute, final exam, membuatkan aku nyaris-nyaris putus asa nak sambung blog neh… hari selasa lepas, aku dah bukak blog ni, nak update, tapi tak kesampaian kerana member-member aku ajak main DOTA… satu game yang cukup popular di kalangan anak muda pada zaman sekarang neh… hero yang aku gune? Pugna dan Razor… sebab ulti nya membuatkan aku tertarik… Razor berbentuk ala ala baju besi dengan kuasa petir dan Pugna berbentuk tengkorak… herm, tengkorak? menarik disitu… kerana bulan neh sahaja, banyak perkataan tengkorak dikaitkan dengan aku..

yok aku ceritakan… korang ingat lagi tak post-post aku yang sebelum nih? Gambar bernama Kurus? di sudut atas belah kiri, ade gambar tengkorak… itu merupakan poster wallpaper yang aku hantar sebagai coursework multimedia.. komen letcurer? “Mohd Basha, saya suka hasil kerja awak, tapi wallpaper awak menunjukkan awak seolah-olah sudah putus cinta.. dan lagi satu yang saya ingin tegut.. gambar tengkorak neh.. tiada motif… dan menunjukkan itu adalah jiwa awak”… aku hanya mampu terdiam dan cover sikit pasal putus cinta.. aku tengok dekat jam aku,” jangan kata wallpaper tengkorak, jam aku pun ade gambar tengkorak… jiwa tengkorak betul…” hati aku cakap camtu.. pasal putus cinta tu no komen…

erm, pada 30 april 2010, tamat sudah final exam aku… banyak rintangan yang aku lalui sem ini… dengan pengurusan yang teruk, membuatkan kawan-kawan aku terseksa dan kelam kabut! study week??? ape tu?? minggu mengulangkaji kan?? tapi study week ade test?? herm.. memang pelik… berapi-api budak kelas aku… tapi, tak boleh juga disalahkan semuanya pada letcurer aku… kesian dia… letcurer lain yang salah, tapi die yang kene tanggung… aneh2.. ade la hamba Allah ni, di waktu permulaan sem… die masuk kelas dalam masa 2 @ 3 minggu sahaja.. yang di ajar pula, bisnes a.k.a F***X… entah.. aku pun tak tau ape tu…malas nak sebut nama sistem yang mengarut tu.. aku datang belajar di UTHM , nak tambah pengetahuan tentang IT, tapi yang di ajar bisnes? apakah?? memang pelik… selepas 3 minggu, kawan kelas aku dimaklum, die tukar dengan letcurer lain.. lega… tapi, sudah jatuh ditimpa tangga… letcurer baru tidak masuk 4 minggu..apakah sekali lagi?? sakit hati…. lalu, kawan aku telefon pejabat pengurusan… jawapan yang diterima, “kami tak dimaklumkan yang kelas kamu berlaku pertukaran letcurer..” apakah kali kedua??? last2, baru letcurer terbaru masuk… bagus juga die ajar… i like!

erm, bagi aku, sem ni paling terindah bagi aku.. hahaa mengapakah?

biarlah rahsia… wawawawaw

tersesal…

•Mac 20, 2010 • Tinggalkan Komen

Kini aku tak bisa lagi…

Mewujudkan semua mimpi…

Kerana ku tak berdaya lagi…

Ku terbaring mati….

Hanya Tuhan saja yang bisa…

Berikan aku kesempatan…

Untuk mengulang semuanya…

Hidupku di dunia…

Tersesal…

Kini ku menyesal…

Diriku diam bagaikan malam…

Mimpiku sudahlah hilang…

Inginnya mengulang….

waw, hujan!

•Mac 16, 2010 • Tinggalkan Komen

langit menangis lagi…
menangis, menangis dan menangis…
sudah lama langit bersedih…
tetapi langit hanya mampu bertahan,
kesedihan dikaburi dengan kecerahan…

menangis lah wahai langit…
menangis lah sepuas-puas kamu..
menangis lah kerana air matamu tidak akan pernah habis…

tangisanmu,
memberi kelebihan,
dapat juga aku kaburi,
air mataku yang mengalir..
saat air matamu mengalir di pipiku,
saat itu juga air mataku bercampur…

ya…
aku juga menangis…
menangis kerana apa?
kerana di saman?
kerana di buli?
kerana di hina?
kerana apa?
biarlah aku seorang saja yang tahu…
biarlah aku seorang saja yang hadapinya…

teruskanlah menangis…
kerana aku perlu tangisanmu,
untuk mengaburi air mataku..
basahilah diriku,
dengan air matamu…
ku harap,
segala kekusutan dan kegelisahan,
akan mengalir bersama air matamu,
mengalir pergi… pergi dan tak kembali…

_____________________________________________________________________________________________

**********************************************************************************************************

jalur hidup…

•Mac 10, 2010 • Tinggalkan Komen

salam…

banyak kot aku nak cite kat korang nih… huhuhuh erm dalam bulan ni, banyak gak sumthing yang berlaku…

aku mulakan dengan perjalan aku ke JB!!~~~

huhuhuh that’s my 1st time to JB! maybe orang lain kate aku jakun, eleh stakat JB ape la sangat… hahaha memang la ape la sangat, sebab dari dulu, aku pegi JB tapi main2 belah tepi je… tak penah pegi kat bandar JB.. so aku pergi dalam 3 hari 2 malam, stay up kat umah membe aku, izzat amir bin ahmad nizam di kampung melayu… tempat yang aku pergi hanye lah 2, iaitu City Square ngan Tebrau City… niat di hati, nak cari seluar jean, tapi tak kesampaian coz seluar yang aku nak cari tu, TIADA!!! sedangkan dalam butik levis pun takde, apatah lagi di F.O.S dan Reject Shop.. walaupun kuciwa sebab tak dapat beli seluar, tapi aku dapat jumpe ape yang aku nak beli dari dulu lagi… sebuah buku puisi karya Rahmat Harun, bertajuk UTOPIA TRAUMA! walaupun mahal (agak mahal la, RM 15), tapi memuaskan hati!! terbuka minda aku pas bace buku tu… kalau korang pernah tengok cite KAMI The Movies, buku ni ade dalam movie tu.. time Abu curi buku ni dalam kedai.. da lame aku cari buku ni.. last2 jupe kat MPH Bookstore City Square.. terus disebat!! uhuhuh

then, story yang kedua, presentation agama.. hohoho menjadi sivik sementara.. bersarungkan kasut kulit, seluar seed dan baju kemeja hitam polo 2 tahun lepas dan tali leher yang dipinjam dari amirul! hahahaha tajuk yang dibentangkan, sains dalam al-Quran… wah! dengar tajuk saja, dah menarik! kalu diikutkan, 3 hari 4 malam, tak abis lagi nak diceritakan tentang sains dalam al Quran.. part aku tentang bukti alam ini mengembang, kejadian alam semesta dan siang malam.. part aku je, dah banyak! sebenarnya, ape yang team aku bentangkan hari tu, hanya sebahagian.. sebenarnya banyak lagi, contohnye keajaiban madu, proses pembentukan manusia, bumi dan macam2 lagi… 1 day aku search kat tenet, terjumpa la blog jual ensiklopedia sains dalam al Quran jilid yang ke 11! menunjukkan begitu banyaknye sains dalam al Quran!

story yang ke tiga, bulan ni jugak merupakan bulan yang paling sibuk! uhuhuhu banyak gile assignment tapi akan aku hadapi nye dengan tabah cewah!! baru2 ni aku dapat assignment multimedia.. kene buat wallpaper sendiri menggunakan adobe photoshop cs4… huh hasilnye:-

ini kuRus…

ini geMuk…

ini DirtyHarry…

dengan hasil brush dan pattern yang aku download, ini la hasilnya.. hahaha (bleh tahan ~_~)

story yang ke empat, salah seorang membe aku, Nik Anis Shamina binti Nik Min, nak kuar dari UTHM.. bukan sebab kena buang, tapi die dapat tawaran SPA… herm, sedih pun ade gak coz die merupakan team 1st aku wat assignment same2.. assignment pasal kambing dalam kelas tech com sekali dengan fatin “farah”.. ko ingat tak nik?? huuhhuh erm, mule2 azmi, pastu husin, wani, fatin… then ko lak.. huhuh tapi, ini jalan hidup ko.. orang lain takde hak nak halang… ape yang mampu, hanye terus berdoa supaya kita same2 berjaya sampai ke manare gading!! yeah!!! smoge berjaya dan jage diri moleks!!!

huhuh sampai sini saje.. aku mau makan…

salam bye..

trek yang di mainkan sepanjang blog ini ditulis:-

1. +44 – Little Death

2. Arctic Monkeys – Brianstrom

3. Kerispatih – Rahasia Cinta

4. Endzweck – Afterimage

5. Asian Kung Fu Generation – World Apart

6. Slipknot – Gehenna

7. Ana Raffali – Mekanika

8. Kesha – Blah Blah Blah

equinox…

•Februari 22, 2010 • Tinggalkan Komen

salam & selamat sejahtera…

dah lame aku x update blog… maklum la, makin hari, makin sibuk… sebagai mahasiswa, mase untuk rehatkan diri pun hampir-hampir takde(cewah)….erm, dan post aku yang sebelum ni, agak emo… hahahaha bukan nye ape, ketika iitu aku tengah stress… kepala jadi serabut… erm, aku tak nafikan, post yang sebelum ni, sedikit sebanyak, ade benarnye..

so, kalau boleh, aku dah tak nak sedih-sedih lagi… jika tiada sedih, tiada lah gembira… so, dalam hidup, kita tak dapat nk menolak sedih tu… aku harap lepas ni, aku sedih pun, sedih sekejap jer… uhuhuh kadang-kadang kita ade kat atas, kadang-kadang kita kat bawah.. itulah hidup…

uit, pade tarikh 13.2.2010, sempurnalah frasa pertama, perTUNANGan antara abang aku, mohd izzat bin mohd @ mohd yusof dan tasnim abdul rahman… meriah tidak terkata… bangga pun ade sebab dialah satu satunya abang aku dalam family… tiada 2 atau 3… diucapkan tahniah, dan juga terima kasih atas pemberian jam fossil jr 8651….huhuhuh saye akan jaganya sebaik-baiknya! erm, di dalam family, hanya aku dan abang aku saje adik beradik lelaki… so after my brother, then ME!!!! hahahaha bile tu?? hahaha rilek dulu… aku masih muda… tak puas lagi hidup sebagai seorang remaja… collect duit, ade kerja, ade kereta, ade rumah, baru aku fikirkan pasal engaged.. huuhuh member abang aku, wan fuad pun ade tanye, “hari ini abang kau, mu bile pulak??” hahahaha kedengaran lucu ayat tersebut. yang menjadi jawapan, adalah satu senyuman dari aku… senyuman gatal @ manja @ tawar?? huhu biarlah secret…

dan juga terbaru, batu pahat, johor, kekurangan air… maka bermulalah catuan air… haha sungguh menyeksakan.. air a.k.a h2o, merupakan satu sumber manusia yang amat penting… di mana-mana, manusia perlukan air… di atas muka bumi, lebih kurang 71% air meliputi muka bumi… dengan masalah pemanasan global, pencairan iceberg, kemarau… hujan makin berkurangan… erm, bumi sudah tua… hanye menunggu mase untuk hancur.. tetapi, itu semua kuasa dan urusan Tuhan Yang Maha Esa.. kita sebagai manusia, hanya mampu berdoa dan terus berdoa… membuat amalan, menjadi bekalan di akhirat nanti… huhuhuh harap hujan turun lebih kerap, so johor semakin banyak air..erm, sedikit sebanyak, memang menyeksakan apabila tiada air… sedikit sebanyak juga, kita dapat merasai orang yang susah dapat air huhuhuh…

sampai sini saje aku dapat update… ade komitmen yang perlu diselesaikan huhuhuh

see ya… salam…

Playlist yang dimainkan sepanjang post ini ditulis:-

1. Modread – Pendrama

2. The Red Jumpsuit Apparatus – Misery Love Its Company

3.  Hijau Daun – Sampai Kau Bicara

4. We The Kings – Secret Valentine

5. Phlowtron – Oh Cinta (Remix)

6. Hujan – Rantai Rasa Cinta

7. Mocca – Telephone

8. OK Go – Shooting The Moon

aku tahu…

•Februari 6, 2010 • 2 Komen

aku tahu, aku ego…

aku tahu, aku penakut…

aku tahu, aku kurang pandai…

aku tahu, aku tidak matang…

aku tahu, aku berlagak…

aku tahu, aku sombong…

aku tahu, aku mengada-ngada…

aku tahu….

tetapi….

aku juga manusia biasa,

yang ada kelemahannya tersendiri…

sekurang kurangnya aku masih ada maruah diri…

…..

aku sudah terlalu banyak masalah…

kadang-kadang aku mahu lari dari semua ini…

tapi aku tak terdaya….

kerana, jika aku lari, bermakna hidup aku tiada gunanya….

….

sekarang, aku masih terkapai-kapai…

mencari diri aku sendiri…

mencari jalan,

memberanikan diri,

untuk menyelesaikan masalah yang aku hadapi…

….

walaupun ditimpa masalah, aku kena teruskan hidup…

kerana jika tiada masalah, maka hidup aku tidak sempurna….

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.